loading...
Sebuah kajian yang terkini mendapati rokok elektronik mengeluarkan bahan kimia yang terbukti menyebabkan kanser.
Penyelidikan tentang risiko kesihatan menyedut asap tembakau didapati mengandungi “radikal bebas” yang turut dijumpai dalam asap rokok biasa. Para saintis “terkejut” dengan bahan kimia penyebab kanser yang keluar dari alat-alat vape yang menjadi isu kesihatan utama mutakhir ini.
Walaupun vaping dianggap lebih selamat berbanding merokok, eksperimen-eksperimen terus membuktikan bahaya cecair nikotin.
Profesor Shyam Biswal yang menerajui kajian ini - seorang pakar pulmonari di Johns Hopkins University, mengatakan bahawa kajiannya telah menghapuskan dakwaan-dakwaan tentang keselamatan rokok elektronik. Katanya, “Kajian kami menunjukkan bahawa e-cigarette tidak baik dari segi kesannya terhadap paru-paru.”
“Kami telah mendapati yang ianya (asap vape) meningkatkan kemungkinan jangkitan salur pernafasan.”
Dalam penyelidikannya, beliau berterusan menghembus sekumpulan tikus dengan wasap rokok elektronik selama dua minggu sebelum mendedahkan mereka dengan virus flu atau pneumonia. Sebahagian dari tikus-tikus yang dihembus dengan wasap tersebut tidak mampu untuk melawan jangkitan paru-paru.
“Pendedahan rokok elektronik telah merenjatkan kemampuan tikus-tikus berkenaan untuk menyahkan bakteria dari paru-paru mereka, dan jangkitan virus telah menyebabkan penyusutan berat badan serta kematian,” kata penyelidik bersama, Dr Thomas Sussan.
Cuma ada satu berita baik untuk vapers sekalian: e-cigarette menghasilkan cuma 1% sahaja berbanding dari jumlah radikal bebas yang terdapat dalam asap rokok.
“Kami terkejut betapa besarnya jumlah itu memandangkan rokok elektronik tidak menghasilkan produk-produk pembakaran,” tambah Dr Sussan. “Jumlah radikal bebas yang mungkin merosakkan sel badan tetap tinggi,” sambung beliau lagi.
Radikal bebas ialah molekul pemusnah yang mampu menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang serius. Ianya terbukti menyebabkan terhasilnya kanser.
ketahui apa itu radikal bebas
Selepas kajian ini diterbitkan, Kesatuan Perdagangan Industri Rokok Elektronik (Electronic Cigarette Industry Trade Association) mengemukakan dakwaan bahawa eksperimen berkenaan tidak boleh dipercayai (reliable).
Kesatuan itu mendakwa bahawa tikus-tikus yang malang itu terdedah dengan asap yang berlebihan, lebih dari kebiasaan seorang perokok elektronik.
Kesatuan itu mendakwa bahawa tikus-tikus yang malang itu terdedah dengan asap yang berlebihan, lebih dari kebiasaan seorang perokok elektronik.
Loading...
loading...
0 Response to " Vape Keluarkan Asap Yang Boleh Membawa Kanser Sama Seperti Rokok"
Post a Comment