loading...
1. Supaya mereka tahu rasa sakit ingin pulang.
... bila ada pelanggan tiba sepuluh minit sebelum kedai tutup
2. Supaya mereka tidak lagi menuturkan lawak tidak kelakar ini:
Kalau kod barang tak boleh imbas (scan), mesti ia percuma.
3. Supaya mereka tahu dan tidak menyentuh barang pameran.
... perasaan ketika kita mengemaskan barang pameran dan pelanggan mengalihnya.
4. Supaya mereka tidak terus-menerus mengingatkan anda akan tugas anda. Anda sedang memakai tag nama sebesar alam dan mereka boleh bertanya solan keramat tersebut:
Kamu pekerja di sinikah?
5. Supaya mereka membalas sapaan kamu
... apabila kamu menyapa mesra pelanggan dan mereka buat-buat bodoh.
6. Supaya mereka tahu bila untuk tidak menjawab telefon.
7. Supaya mereka sedar bahawa 'bilik belakang' bukanlah satu bilik mistik yang mempunyai semuanya.
... bila kita dah bagitahu berkali-kali barang tersebut kehabisan stok tetapi mereka terus-menerus meminta kita periksa stok di bilik belakang.
8. Supaya mereka tahu makna sebenar 'waktu rehat'
... bila ada pelanggan meminta sesuatu ketika kita di waktu rehat.
9. Supaya mereka lebih menghargai hujung minggu.
... apabila orang lain boleh beristirehat sepanjang hujung minggu tapi anda terpaksa berkerja.
10. Supaya mereka tahu betapa kejinya perbuatan seperti ini.
11. Supaya mereka tahu waktu untuk tidak mendekati anda.
... iaitu selepas waktu kerja dan anda sudah ketik masa keluar!
12. Suapay mereka tahu betapa jijiknya wang yang basah dengan peluh.
... bila wang tersebut disimpan di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di celah ketiak atau di dalam baju.
13. Supaya mereka akhirnya sedar bahawa pelanggan tidak sentiasa betul.
... apabil ada pelanggan mahu berdebat dengan anda tentang sesuatu isu yang bukan tentang pendapat peribadi, dan anda harus diam dan berlagak seperti bersetuju dengannya.
14. Supaya mereka lebih menghargai kemanisan detik-detik pelanggan banyak songeh meninggalkan kedai.
15. Supaya mereka tahu bahawa anda sedang berusaha sekeras dan sepantas mungkin.
...apabila kedai sedang kekurangan staf dan pelanggan datang seperti ribut.
16. Supaya mereka sedar kepentingan menjaga kebersihan diri.
... apabila ada pelanggan dengan bau badan atau mulut yang meloyakan datang menghampiri anda dan anda mesti membantunya.
17. Supaya mereka tahu erti ketakutan sebenar.
... apabila mereka bangu pagi pada hari jualan kemuncak akhir tahun atau lelong mega di malam Raya.
18. Supaya mereka tahu bahawa ada masalah mereka bukanlah masalah anda.
... apabila mereka di kaunter bayaran dan berkata,
Alamak, saya/akak/pakcik/makcik tertinggal kad Aeon/baucer Mydin
19. Supaya mereka sedar bahawa mereka bukan pelawak profesional.
... apabila mereka cuba melawak ketika anda sedang berusaha untuk membuat jualan.
20. Supaya merea menyimpan kisah hidup mereka untuk buku biografi mereka.
... apabila mereka menghubungi anda dan bercerita tentang kisah suka duka mereka sebelum akhirnya memberitahu tujuan panggilan telefon mereka.
21. Supaya mereka tahu erti sebenar KEJAYAAN.
... apabila membuktikan bahawa seorang pelanggan itu salah.
22. Supaya mereka balajar untuk tidak lagi terlupa membawa dompet keramat mereka.
... apabila mereka di kaunter bayaran dan anda menunggu mereka membuat bayaran tetapi mereka memberitahu mereka tertinggal dompet!
23. Supaya mereka tahu bahawa taktik ugutan mereka bukan sesuatu yang menakutkan dan tidak berkesan langsung.
...apabila mereka mengugut untuk membeli di kedai lain.
24. Paling penting, supaya mereka belajar perkara paling penting: JANGAN JADI SAMSENG!
... apabila jurujual sedang berusaha membantu sehabis daya.
Loading...
loading...
0 Response to "24 Sebab Kenapa Semua Orang Patut Menjadi Jurujual Walaupun Hanya Sehari"
Post a Comment