loading...
Teknologi Wi-Fi telah banyak mengubah corak
dan gaya hidup masyarakat masa kini. Wi-Fi telah menjadi sebati dengan hidup
kita seharian dan kemungkinan besar anda senda membaca artikel ini menggunakan
Wi-Fi!
Tahukah anda disebabkan kita hidup
dikelilingi dengan rangkaian Wi-Fi, kita juga terdedah kepada radiasi
radiofrekuensi yang dipancarkannya? Kenyataan ini sangat membimbangkan kerana
ramai yang menyangka risiko menghidapi kanser akan meningkat dengan pendedahan
ini. Ianya begitu membimbangkan sehingga ramai ahli akademik dan pengkaji sains
yang lain yang membuat kajian mendalam mengenai isu ini. Apa yang lebih
memberangsangkan, hasil kajian mereka rata-rata menunjukkan kebergantungan kita
terhadap Wi-Fi tidak meletakkan kita ke dalam risiko menghidapi kanser!
Tiada hubungkait berjaya dibuktikan antara
radiofrekuensi rangkaian tanpa wayar dengan kanser meskipun terdapat sebilangan
kecil kajian yang menemukan kesan perubahan biologi yang secara hipotesisnya
boleh dikaitkan dengan kanser. Disebabkan hasil kajian yang tidak definitif,
kajiselidik dalam bidang ini masih diteruskan.
Radiofrekuensi Wifi tidak berbahaya kerana ianya
berfrekuensi rendah dan tidak mengionkan bahan lain. Ini bermaksud, radiasi
WiFi tidak cukup kuat untuk mengecas molekul justeru tidak mampu memudaratkan
tubuh badan kita di peringkat sel. Pada kadar 0.1 watt, signal radiofrekuensi
yang dipancarkan WiFi adalah lebih rendah berbanding yang dipancarkan oleh
sebuah telefon bimbit.
P/S : walaubagaimanapun harus diingat, sekiranya disebabkan kemudahan WiFi yang sentiasa tersedia menyebabkan kita malas melakukan aktiviti fizikal di luar dan mengamalkan gaya hidup sedenteri, tidak mustahil WiFi secara tidak langsung bakal menyumbang kepada peningkatan kadar masalah kesihatan!
Loading...
loading...
0 Response to "Wifi Penyebab Kanser?"
Post a Comment