loading...
![]() |
Khalil Majeed ketika menyamar sebagai pengemis. Sumber: cilisos.my |
Pengalaman ini adalah yang pertama untuknya dan merupakan satu pengalaman yang unik. Sebagai seorang bakal jurnalis (pada ketika itu), penyamaran sebegini adalah satu impian besar. Misi mereka adalah untuk menyiasat akan kegiatan mengemis di sekitar ibu kota dan kemungkinan ada dalang di sebalik kegiatan mereka.
Sehari mengemis di Masjid Jamek, ternyata adalah satu pengalaman yang bermakna dan membuka matanya akan realiti kehidupan pengemis di warga kota. Banyak mutiara kehidupan serat realiti pahit yang beliau kutip, dan beliau telah kongsikan lima yang paling signifikan untuk para pembaca.
1. Ramadhan adalah syurga dunia buat para pengemis tidak mengira bangsa dan agama.
Sumber: Cilisos.my |
Itu kita semua tahu, yang kita mungkin tak tahu ialah Ramadhan syurga untuk semua pengemis tidak kira bangsan dan agama!
Penulis merakamkan rasa terkejutnya apabila melihat seorang pengemis berbangsa Cina menadah cawan di perkarangan Masjid Jamek selesai solat Jumaat. Dan ia bukanlah sesuatu yang jarang-jarang dilihat, kerana ramai pengemis bukan Islam yang mengemis di sepanjang Masjid Jamek dan Masjid India, menepati slogan 1Malaysia.
Menurut satu laporan berita, pendapatan pengemis boleh mencapai RM8000 sebulan, lumayan bukan?
2. Pekerja asing adalah penderma terbesar!
Ironi bukan? Mereka yang menjadi imigran dan pendatang di negara kita, yang melakukan kerja-kerja berat yang tidak dilakukan oleh orang Malaysia, yang jarang kita hargai kehadiran mereka, dan bukan jarang kita gelarkan dengan panggilan 'bangla', atau 'paki', atau 'PATI', yang kita hina kerana tidak lancar bertutur bahasa Malaysia, baju yang buruk atau bau badan yang busuk, yang berushaa keras aberkerja siang dan malam dan dibayar dengan gaji yang tidak sepatutnya dan masih nerjimat cermat untuk menghantar wang pulang ke keluarga masing-masing.Sumber: Cilisos.my |
Ya, mereka yang paling banyak menderma. Kesungguhan mereka jelas apabila mereka berusaha bersungguh-sungguh mencari wang dalam saku mereka untuk diderma.
Antara faktor-faktor mereka lebih banyak menderma adalah:
1. Mereka lebih empati kepada mereka yang memerlukan kerana mereka juga pernah berada di tempat 'yang menerima'
2. Mereka yang bergama Islam tidak dapat membayar zakat kepada badan-badan rasmi kerajaan kerana mereka tidak berada dalam sistem. Jadi bersedekah adalah satu cara mereka menunaikan Rukun Islam ke-empat itu.
3. Kebanyakan pengemis tidak beroperasi secara solo, tetapi dalam sindiket!
Sindiket mengemis bukan mitos! Khalil Majeed menceritakan bagaimana pemerhatian beliau membawa kepada kesimpulan ini.1. Pengemis-pengemis ini bergerak secara teratur dari satu pintu ke satu pintu yag lain di sekitar Masjid Jamek. Sangar teratur seperti satu rancangan yang teliti!
2. Ada ketua sindiket yang mengawasi pergerakan pengemis-pengemis ini. Beliau memerhatikan dari satu sudut, matanya tajam melilau ke arah sekumpulan pengemis di bawah jagaannya. Malah, penulis selaku 'budak baru' sendiri pernah diugut supaya meninggalkan tempat tersebut kerana itu adalah 'kawasan mereka'.
Ketua sindiket. Sumber: Cilisos.my |
3. Mereka menggunakan modus operandi yang sama - mengarahkan pengemis-pengemis mendekati penderma yang berpotensi! Begini, ketua sindiket akan mengenalpasti penderma yang berpotensi, selalunya individu yang bermurah hati menderma kepada pengemis berdekatan pagar Masjid Jamek, sejurus selepas itu, beliau akan mengarahkan anak-anak buahnya mendekati penderma tersebut! Dan ini membawa kepada masalah yang lebih besar - pergaduhan sesama pengemis terutamanya apabila 'si penderma' enggan menderma kepada sebahagian penderma yang lain.
4. Pengemis wanita mendapat lebih banyak wang.
Pengalaman penulis sendiri, pengemis lelaki hanya mendapat maksimum RM13 sedangkan rakan-rakan wanita mereka mendapat 3 kali ganda daripada jumlah mereka! Kenapa yea?Kerana biasanya wanita membawa kanak-kanak bersama-sama mereka. Mengemis simpati memberikan pulangan yang lebih besar!
Sumber: Cilisos.my |
5. Setiap orang ada kisah tersendiri kenapa mereka mengemis.
Sesungguhnya bukan semua orang mengemis semata-mata kerana mencari jalan mudah mendapatkan wang. Ada yang melakukannya kerana desakan hidup. Contohnya:1. Dibuang oleh keluarga sendiri dan anak-anak
2. Diperdaya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berkerja
3. Mereka ada sejarah hitam di kampung halaman yang menyebabkan mereka berhijrah
Penulis juga ada menceritakan pengalamannya 'dimarahi' oleh seorang Pakcik kerana mengemis padahal dia masih muda, sempurna fizikal dan sihat! Dia dinasihati supaya berhenti mengemis dan mencari kerja untuk mendapatkan pendapatan yang Halal!
Ternyata, bukan semua pengemis ini adalah dari sindiket, ada yang benar-benar susah dan memerlukan bantuan kita.
_________________________________________________________________________________
Baru-baru ini, setahun selepas pengalamannya menyamar sebagai pengemis di Masjid Jamek, Khalil Majeed telah melawat kawasan 'operasinya', dan mendapati keadaan masih sama. Tiada yang berubah.
Ketua sindiket masih di situ, mengawasi gerak-geri anak-anak buahnya.
Pintu pagar Masjid Jamek masih dikerumuni pengemis dari pelbagai bangsa, jantina, umur.
Tetapi pakcik yang memarahinya kerana mengemis sedangkan dia sihat dan muda dan mampu berkerja, tiada.
Kegiatan mengemis di ibu kota adalah fenomena yang biasa, malah boleh diistilahkan sebagai wabak yang menggerunkan. Lebih parah, seolah-olah tiada penyelesaian kepada masalah ini.
Mengharamkan pemberian bantuan dan makanan kepada mereka seperti cadangan Tengku Adnan bukanlah satu tindakan yang efektif, malah kelihatan dan kedengaran tidak berperikemanusiaan.
Mendidik orang ramai agar menderma kepada badan kebajikan dan bukan kepada golongan gelandangan ini untuk memberhentikan 'tajaan' kepada sindiket-sindiket besar, bukan penyelsaian jangka panjang.
Inilah peranan kita sebagai masyarakat umum. Hentikan memanggil mereka dengan panggilan-panggilan yang menghina dan merendah-rendahkan, seperti sampah masyarakat, berhenti menilai luaran mereka. Ambillah pendekatan proaktif, dekati mereka dan kenali mereka. Hanya dengan cara ini kita boleh membezakan adakah mereka benar-benar orang yang susah dan layak dibantu atau sebahagian daripada sindiket!
Masuklah ke dalam masyarakat dan keluarlah dari zon selesa kita. Buka mata dan dada kita untuk membantu orang lain yang memerlukan. Selain daripada bantuan wang, masih ada cara dan bentuk bantuan lain yang boleh kita beridan sumbangkan kepada mereka!
Loading...
loading...
0 Response to "Anak Muda Ini Mengemis Selama Sehari di Masjid Jamek, dan Beliau Mendapat 5 Pelajaran Penting"
Post a Comment