Adakah UFO itu kenderaan para MALAIKAT ?

loading...

sumber https://takusahrisau.wordpress.com/tag/ufo/



UFO (Unidentified Flying Object)


UFO adalah singkatan bagi Unidentified Flying Object. Istilah UFO mula digunakan apabila seorang usahawan Amerika Syarikat Kennent A. Arnold menjumpai segerombalan sembilan objek yang tidak dapat dikenalpasti pada 24 Jun 1947 di Mt. Rainier. Ia adalah fenomena penglihatan UFO pada zaman moden yang pertama sekali direkodkan.

Setelah fenomena di Mt. Rainier itu, beribu-ribu lagi fenomena lain melanda dunia sehingga ke Malaysia sendiri pernah menyaksikan beberapa kali UFO dilihat oleh masyarakat setempat.


Surat perakauan yang ditandatangani oleh Kenneth A. Arnold


Walaubagaimanapun, pengkaji UFO masih belum mengetahui siapakah berada di dalam UFO. Umum mengetahui bahawa makhluk asing sering dikaitkan dengan UFO. Makhluk asing yang dimaksudkan mempunyai ketinggian 3-4 kaki, mempunyai berkepala dan mata yang besar.

Tragedi Roswell yang terjadi pada Jun atau Julai 1947 di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat mengundang pelbagai persoalan. Ini kerana terdapatnya pelbagai campur tangan daripada kerajaan US dan tentera terhadap kes ini. Kejadian ini bermula apabila satu pesawat pejuang telah menembak jatuh objek yang tidak dikenalpasti iaitu UFO. Pertikaian masih berlarutan sehingga sekarang kerana kerajaan US mendakwa yang terhempas itu bukannya UFO tetapi belon kaji cuaca yang biasa disalah anggap sebagai UFO. Ia masih lagi menjadi misteri.



Tragedi Roswell yang menjadi tajuk utama dalam surat khabat Roswell Daily Record



UFO sebagai kenderaan Malaikat


Tidak salah jika penulis beranggapan UFO adalah kenderaan paraMalaikat. Daripada segi istilahnya juga malaikat sebenarnya adalah makhluk asing. Makhluk asing dengan kata yang mudah adalah hidupan yang tidak bermastautin di bumi.

Terdapat satu kisah sahabat Rasullulah saw iaitu Usaid Bin Hudair ra. Sahabat Rasullulah saw ini berasal daripada golongan Ansar dari suku Auws. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat Ansar dan juga Muhajirin kerana kelebihan yang ada pada beliau. Sahabat Rasullulah saw yang mulia ini adalah seorang yang pandai membaca dan menulis serta penunggang kuda yang baik. Beliau juga dikenali pemanah yang tepat.

Kisah Usaid bin Hudair


Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran.

Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walaubagaimanapun Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah berkata kepada Usaid:


“Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat”



Dan apakah payung yang sangat besar itu?adakah ia menyerupai UFO yang dilihat zaman moden sekarang?



Kisah-kisah lain yang mengaitkan UFO adalah kenderaan Malaikat




1. Kisah Ezekiel di dalam Torah

Ezekiel atau Zulkifli adalah seorang nabi yang dipercayai hidup sekitar kurun ke-6 sebelum masihi. Ezekiel banyak disebut di dalam kitab Torah(Taurat) tetapi tidak banyak dibicara dalam al-Quran mengenai kisah-kisahnya. Di dalam Taurat, dalam Book of Ezekiel telah terkandung kisah Ezekiel dan objek yang terbang di langit pada ayat Ezekiel 1:4-1:24.


Ilustarasi pada abad ke-16 oleh M. Merian.

2. Kisah Elijah di dalam Bible

Elijah atau Nabi Alias as adalah seorang yang diturunkan untuk memperbetulkan akidah orang-orang Yahudi yang tersesat yang mana telah menyembah patung Baal.

Pada usia tuanya, Elijah menurut kitab Bible dalam King of Kings 2:7-12 telah dibawa oleh Tuhan untuk menaiki chariot ke syurga.

3. Columbus dan UFO?

Pada tahun 1492 dalam “The Life and Voyages of Christopher Columbus.” Christopher Columbus dan pembantunya Pedro Gutierrez ketika di atas dek Kapal Santa Maira, kebetulan terlihat, “a light glimmering at a great distance.”

Ia kemudian hilang walaubagaimanapun muncul kembali beberapa ketika kemudian sebanyak beberapa kali. Aksinya memang memeranjatkan dengan aksi turun dan naik di langit.

Columbus atau nama sebenarnya Christopher Columbus yang memang terkenal sebagai pakar dalam ilmu astronomi telah berkata kepada anak kapalnya bahawa itu pertanda kepada mereka bahawa mereka akan sampai ke daratan tidak lama lagi. Seperti yang diramalkan,mereka kemudian menjumpai daratan 4 jam kemudian.!

4. Josephus dan buku Jewish War

Josephus atau Yosef Ben Matinyahu yang hidup kira 37-100 selepas masihi merekodkan dalam Jewish War” Book CXI,


“On the 21st of May a demonic phantom of incredible size…for before sunset there appeared in the air over the whole country chariots and armed troops coursing through the clouds and surrounding the cities.”

nota kaki: Josephus adalah seorang yahudi yang merekodkan Peperangan Jewish-Roman yang akhirnya penawanan juruselam pada 70AD. Josephus dipercayai salah seorang yang menyemai semangat Greoco-Roman dalam budaya bangsa Yahudi sehingga ia dikenali sebagai budaya Hellenistik-Judaism.

5. Kejadian di Nuremberg

Pada tahun 1561 di Nuremberg,Jerman: Seluruh langit telah diselubungi oleh objek terbang berbentuk silinder dan cakera yang berputar. Kira-kira 200 objek tersebut dengan pelbagai warna antara hitam, merah dan jingga yang kebanyakkan adalah berbentuk sfera.!


Ilustrasi pelukis mengenai kejadian bersejarah di Nuremberg,Jerman





Bukti bahawa ‘UFO’ adalah kenderaan Malaikat


1. Kerana kemunculan UFO tidak pernah sekalipun menganggu manusia. Malah tidak pernah menembak atau mengajak untuk berperang. Akan tetapi direkodkan, manusia yang menembak dan cuba untuk menangkap ‘mereka’. Malaikat dikenali sebagai makhluk Allah swt yangtaat dengan suruhan dan tidak sesekali mengingkari arahan Allah swt.

2. UFO muncul diseluruh pelusuk dunia dan hampir setiap budaya mempunyai kisah penemuan UFO mereka sendiri. Ini bermakna, bilangan UFO adalah terlampau banyak dan benar-benar selari dengan sabda Rasullulah saw:


“Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia”

Hadis ini membawa maksud bahawa makhluk Allah yang terbesar sekali bilangan jumlahnya ialah para Malaikat.

3. Malaikat boleh mengubah bentuknya dengan izin Allah swt. Tidak mustahil jika makhluk yang berada dalam UFO adalah malaikat!.

~Amaran: Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM.
Loading...
loading...

1 Response to "Adakah UFO itu kenderaan para MALAIKAT ?"

  1. ufo tu bangsa jin...cuba la kaji sendiri mesti anda dapat jawapannya..kun faya kun..

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close