loading...
Lagenda kehidupan di Planet Marikh telah dimulai oleh seorang penulis, ahli perniagaan dan juga ahli astronomi, Parcivel Lawrence Lowell. Lowell menyakini bahawa Planet Marikh berpenghuni setelah berjaya meneliti rupa bumi planet Marikh yang menyerupai sebuah terusan dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi miliknya.
Beliau yang juga menjadi perintis kepada penemuan planet Pluto telah mencetuskan lagenda kehidupan di planet Marikh sejak daripada detik tersebut. Liputan meluas media mengenai idea Lowell telah menyemarakkan penulis terkenal, H. G. Wells untuk menghasilkan sebuah novel paling terkenal pada dekadnya, War of the Worlds. Novel tersebut antara lainnya mengisahkan makhluk asing daripada planet Marikh telah menyerang bumi dan penduduknya sehingga mencetuskan kekacauan dan huru-hara.
Lagenda planet Marikh berterusan dan sentiasa menjadi bahan kontroversi. Pada Julai 1976, prob tanpa pemandu, Viking I telah menghantar kembali sekeping imej yang memaparkan salah satu kawasan di planet tersebut yang dikenali Cydonia Mesas. Imej tersebut terhasil dalam bentuk hitam putih. Apa yang mengejutkan mengenai imej tersebut adalah imej permukaan di Cydonia Mesas itu mirip kepada bentuk wajah manusia. Bagi Richard Hoagland, ia adalah bukti sebenar kepada kehidupan lampau di planet yang pernah yang mempunyai tamadun yang hebat. Ia turut disokong oleh seorang journalis, Walter Cronkite. Sejak daripada detik Julai 1976, bertambah ramai penduduk dunia percaya bahawa planet Marikh sememangnya berpenghuni ataupun sekurang-kurangnya pernah dihuni oleh makhluk yang benar-benar hebat dan cerdik.
Akan tetapi benarkah planet Marikh berpenghuni atau pernah berpenghuni sebagaimana yang didakwa? Bagi seorang pengemar teori konspirasi, ia adalah sesuatu yang hebat yang diperkatakan. Akan tetapi, bagi seorang saintis, ia adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diselidiki dahulu kerana bagi mereka, banyak lagi kawasan dan material-material daripada planet tersebut yang perlu diselidik untuk dijadikan asas kepada sesuatu teori.
Konspirasi melibatkan planet Marikh
Setelah isu batuan yang mirip wajah manusia pada tahun 1976, banyak lagi kontroversi dan misteri menyelubungi planet ini. Namun, ia langsung tidak meredakan lagenda kehidupan di planet Marikh. Ia ditambah dengan institusi yang bertanggungjawab dengan penerokaan luar angkasa iaitu NASA dilihat seperti sengaja untuk menyembunyi banyak bukti dan fakta penting mengenai planet Marikh.
Langit Marikh berwarna Biru?
Sekian banyak konspirasi dan kontroversi menyelubungi planet berwarna perang kemerah-merahan ini, namun ia tidak dapat dikalahkan melalui kontroversi yang telah dicetuskan oleh para pengkaji tegar planet Marikh apabila mereka menuduh NASA telah sengaja menyembunyikan fakta penting berkenaan warna sebenar langit planet Marikh.
Mereka mendakwa langit planet Marikh sebenarnya adalah berwarna biru persis langit bumi dan bukannya berwarna merah sepertimana yang kita ketahui pada hari ini. Ia disokong oleh saintis yang digelar Jet Propulsion Labaratory(JPL) yang mendedahkan bahawa Planet Marikh sebenarnya mempunyai langit yang berwarna biru sepertimana langit bumi dan ia hanya akan bertukar perang apabila menjelang senja dan mengalami ribut pasir yang dasyhat.! Fakta yang didedahkan oleh saintis daripada JPL ini telah mengoncangkan kewibawaan institusi berprestij seperti NASA.
Tiga saintis JPL sedang menjelaskan mengenai isu langit biru di Marikh.
Imej yang telah diubah oleh NASA.
Imej di Marikh yang sebenarnya. Kelihatan langit berwarna biru dan bukannya perang seperti yang sebelumnya.
Pendedahan imej beresolusi tinggi
Imej pepohon di Kutub Marikh
Tidak seperti imej yang didedahkan pada tahun 1976, imej yang didedahkan baru-baru ini jauh lebih jelas dan beresolusi tinggi. Ia sebenarnya telah membantu para pengemar lagenda planet Marikh untuk terus meneliti dan mengkaji setiap gambar dan imej yang didedahkan oleh NASA dan institusi-institusi lain. Antara imej yang sangat mengejutkan adalah imej yang memaparkan rimbunan hutan di kutub utara yang seakan-akan diselaputi oleh salji. Imej yang sangat jelas itu menarik minat pengemar lagenda Marikh untuk mengaitkan Marikh sebagai penempatan yang seterusnya jika Bumi tidak boleh dihuni lagi.
pepohon di kutub planet Marikh.
Imej Danau dan Hutan Belantara
Imej yang seterusnya pula adalah danau dan tasik yang seakan-akan imej yang diambil di hutan Amazon. Ia terus melonjakkan rasa ingin tahu ramai orang kerana danau diketahui sebagai punca utama air dan mineral-mineral yang diperlukan hidupan.
Danau dan hutan belantara.
Imej Lautan dan Sungai Mengalir
Tidak cukup dengan itu, imej lautan turut berjaya dirakam oleh satelit yang mengelilingi Planet Marikh. Ia jelas sekali menunjukkan paras air yang membatasi tebing. Bergitu juga dengan imej aliran sungai yang sangat mengujakan.
Jelas kelihatan aliran sungai di Marikh.Kelihatan mendapan tanah di tepi aliran sungai.
Kelihatan lautan dan paras tebing yang seakan-akan imej yang dipaparkan di Bumi.
Imej Tiub-tiub gergasi
Pendedahan imej yang dilakukan oleh Richard Hoagland di dalam laman web kelolaannya jelas menunjukkan tiub gergasi yang berada di Marikh. Apakah ia tinggalan tamadun lampau atau ia adalah rupabentuk semulajadi di Planet Marikh?
Kelihatan terusan atau tiub yang dipaparkan oleh imej dihantar oleh satelit yang mengelilingi Marikh.
Imej Fosil yang terdedah di permukaan Marikh
Teori hidupan di planet Marikh terus menerus menjadi pendebatan apabila banyak imej yang dihantar menunjukkan pelbagai bentuk fosil. Ia boleh dilihat dengan beberapa imej di bawah. Bandingkan dengan fosil-fosil yang berjaya ditemui di bumi. Adakah ia sama seperti di Marikh?
Imej tengkorak yang jelas kelihatan di Marikh.
Cuba bandingkan.
Imej Tamadun dan Bandar di Marikh
Tidak lengkap artikel ini jika tidak dimasukkan dengan imej yang menyerupai bandar di Planet Marikh. Pembaca boleh menilai sendiri beberapa imej yang dipaparkan di bawah.
Tamadun di Marikh?
Persoalannya sekarang, kenapa NASA masih berdalih dengan setiap bukti yang dikaitkan dengan kehidupan di Marikh. Apakah ia menunjukkan bahawa NASA mempunyai agenda lain yang mesti dirahsiakan daripada umum? Atau adakah NASA telah menemui bukti bahawa terdapat hidupan di Marikh namun mereka menyembunyikannya kerana bimbang ia akan cuba diterokai pula oleh negara-negara yang menjadi musuh Amerika Syarikat. Walauapapun teori yang dikemukakan, kita hanya tunggu dan lihat apa yang seterusnya didedahkan oleh NASA mahupun pakar teori dan konspirasi Planet Marikh mengenai planet yang bermisteri ini.
Loading...
loading...
0 Response to "Penipuan NASA tentang semua penemuan mereka di Marikh"
Post a Comment