Ramai Sayang Kau Termasuk Aku! – Luahan Sayu Rakan Safiey Ilias Yang Sama-Sama Berhijrah Dahulu

loading...


Setelah beberapa bulan mengambil keputusan untuk ‘berubah’ dan kembali kepada fitrah beberapa bulan lalu, ramai yang memuji tindakan pengusaha barangan kosmetik Safiey Ilias. Tak kurang juga yang menjadikan dirinya sebagai ‘idola’ untuk turut berubah ke arah kebaikan.



Namun sejak semalam nama beliau kembali viral kerana dikatakan tidak lagi mengikut jalan dakwah. Hal ini disahkan sendiri oleh Safiey Ilias. Berikut luahan sayu rakan baik Safiey Ilias yang turut sama berubah ke arah kebaikan beberapa bulan lalu.


Redha keputusan Safiey




Aku redha atas sebarang keputusan yang kau buat ni. Safiey Ilias aku yang sentiasa berada di sisi kau dan menyaksikan segala tomahan dan cemuhan yg kau hadapi. Sehingga kau rebah dan hilang arah. Andai keputusan ini boleh bangkitkan dan ceriakan hidup kau semula. Aku akur.

Satu benda penting kau perlu tau. Berpatah balik menjadi seorang mak nyah bukan lah beerti kau menjadi seorang yg jahat. Mak nyah majoriti terdiri daripada golongan yg baik2 dan bijak pandai. Hanya kerana mentaliti dan persepsi masyarakat melabelkan golongan2 ini sebagai golongan yang jahat dan bermasalah. Ini soal personaliti dan naluri. Cukup kita menjaga hubungan dengan Allah. Jaga amal kita dan tahu apa yang kita buat. Serah hati pada Allah swt. Dia sahaja yang berhak menilai & menghukum.
Ramai sayangkan kita




Saya mohon semua masyarakat dan orang2 di luar sana untuk berhenti mengutuk dan menghukum beliau. Jangan terlampau memberi tekanan dengan gosip secara terus menerus. Anda semua paham dan nampak sendiri sekarang. Semakin anda kutuk semakin keruh keadaan ini. Baik kita sama berlapang dada. Doakan untuk kesejahteraan hidup semua. Semoga Allah jaga aib dan ampunkan dosa2 kita semua.

Buat sahabat Safiey. Terus kuat dan jangan bersedih. Ramai yang sayangkan kau termasuk aku. Jangan pernah rasa serba salah sebab bawa aku berhijrah sekali. Allah yang buka pintu hati kita. Bawa kita kenal agama lebih dalam. Semua ini sudah dirancang. Orang2 yang hebat ujianya juga hebat..! Doakan aku dan semoga kau terus tabah.

Sumber : Harry Zulkifli
Loading...
loading...

0 Response to "Ramai Sayang Kau Termasuk Aku! – Luahan Sayu Rakan Safiey Ilias Yang Sama-Sama Berhijrah Dahulu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close