Terima Kasih Bro Sofea Kerana Menyedarkan Kami – Heliza Helmi

loading...


Makin hangat isu viral Safiey Ilias kembali ke dunia ‘pondan’. Rata-rata kesal dengan tindakan drastik yang dibuat, melihat kepada penghijrahan lalu yang sangat memberi inspirasi kepada netizen. Ada yang cakap kes Safiey ni boleh sebabkan pandangan negatif terhadap agama Islam dan sebagainya, macam kes Uqasha dulu.

Selepas Da’i Wan, kali ni muncul Heliza Helmi memberikan luahan dan pendapat kepada Safiey Ilias. Apa yang dia cakap kepada Safiey ni sangat bermakna dan susah kita nak nafikan jugak. Apapun, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jom kita baca.
Banyak beri kami kesedaran

Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt, Aamiin


Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin

Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey.
Inspirasi & motivasi

Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAlIahu Fiik.

Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang
adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki Iain in sha Allah
Kami sentiasa mendoakanmu

Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa.

Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami_kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami “

Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
Bangkit semula

Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?…..

Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,

Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,

Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,

Andai terluka,lNGATLAH JANJINYA

Sumber : Heliza Helmi
Loading...
loading...

0 Response to "Terima Kasih Bro Sofea Kerana Menyedarkan Kami – Heliza Helmi"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close