loading...
AWAS KAUM HAWA!!! Jangan Membasuh Rambut Ketika Haid! [ MESTI BACA ]
Gambar Hiasan
Assalamualikum guysss.. Sebelum baca lebih lanjut.. saya nak katakan sesuatu.. Empat pandangan yang diberikan ini terpulang kepada penerimaan masing2. Tidak salah mengikut pantang larang krn pasti ada kebaikannya, tapi pada masa yg sama jgn sesekali mengabaikan kebersihan. Dan yg paling penting, ianya tidak dilarang oleh agama.
Yang Pertama : Pantang larang orang tua-tua
[:]Mencuci rambut dan membasahkan kepala rupa-rupanya adalah salah satu dari pantang larang orang tua dulu-dulu. Ketika haid, liang roma kepala dikatakan terbuka. Tindakan membasahkan rambut ketika haid boleh menyebabkan sakit kepala. Kesan tidak semestinya terus dirasai tetapi mungkin juga akan dirasai pada lewat usia nanti. (sumber: sembang-sembang kawan)
Yang Kedua : Pantang larang kaum cina
[:]Kaum Cina percaya jika kita membasahkan kepala semasa haid, rahim akan menjadi sejuk dan mengecut. Sekaligus menjadikan peredaran darah tidak lancar, kemungkinan darah beku dan macam-macam lagi. Mereka juga percaya angin (sejuk) pada kepala berkait secara langsung dengan rahim. Mereka percaya, tidak boleh membasahkan kepala sepanjang tempoh haid. Jika terpaksa, rambut dan kulit kepala perlu dikeringkan dengan segera. (sumber)
Yang Ketiga : Pandangan doktor
[:]Ketika didatangi haid, semua wanita harus menjaga kebersihan tubuh dengan sebaiknyatermasuk kebersihan tubuh dan rambut. Mencuci rambut ketika haid tidak akan mengakibatkan sebarang gangguan malah dapat memberi rasa tenang kerana sentiasa bersih dan wangi.
Gaya hidup yang sihat dan seimbang akan mempengaruhi keseimbangan hormon yang juga berkait rapat dengan kitaran haid. Jika terjadi haid yang tidak teratur, terlalu kerap, terlalu banyak, atau gangguan lain, maka disarankan untuk segera bertemu doktor. (sumber)
Yang Kempat : Pandangan agama
[:]Tidak ada dalil atau nas baik dari Al-Qur’an maupun hadith yang melarang wanita yang sedang haid atau nifas untuk membasahkan kepalanya (membersihkan rambutnya). Apa yang tidak dibolehkan adalah mandi dan mencuci rambut dengan niat untuk menghilangkan hadas haid dan nifasnya, sedangkan haid atau nifasnya belum selesai, kerana ini berkait rapat dengan ibadah.
Kemungkinan, pandangan tidak bolehnya membasuh rambut bagi wanita haid atau nifas itu muncul kerana bimbang ada rambut yang akan gugur sedangkan rambut tersebut dimiliki oleh orang yang berhadas. Pandangan tersebut tidak benar, kerana memotong rambut dan kuku ketika haid atau nifas adalah dibolehkan. Ulama hanya menganjurkan bagi orang yang sedang berhadas besar atau haid agar tidak menghilangkan bahagian dari tubuhnya dengan sengaja sebelum mandi hadas besar dilakukan. (sumber)
Dipersilakan share.. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Loading...
loading...
0 Response to "AWAS KAUM HAWA!!! Jangan Membasuh Rambut Ketika Haid! [ MESTI BACA ]"
Post a Comment