loading...
DOA UNTUK MOHON DIMATIKAN DALAM KEADAAN BERBUAT BAIK [ MOHON SEBARKAN!! ]
gambar hiasan
[::] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
[::] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
[::] Sahabat yang di rahmati Allah..
[::] Firman Allah SWT:
[::] Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2).
[::] Setiap dari kita ingin dimatikan suatu hari dalam keadaan yang baik iaitu mati dalam Husnul Khatimah. Mati dalam keadaan yang beriman. Terhindar dari azab dan seksa kubur. Bukan dimatikan dalam Suul Khatimah. Diazab dalam kubur oleh Malaikat Mungkar Nakir.
[::] Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
[::] “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Adakah kita pernah berdoa untuk dimatikan dalam keadaan berbuat baik sebelum ini??. Mari membaca doa ini setiap kali selepas solat semuga kematian kita nanti dimatikan dalam keadaan berbuat baik.
Maksudnya:
[::] 193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti;
[::] 194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Sekian sahaja yang dapat sis kongsikan untuk kali ini, dipersilakan. Wasallam.
Loading...
loading...
0 Response to "DOA UNTUK MOHON DIMATIKAN DALAM KEADAAN BERBUAT BAIK [ MOHON SEBARKAN!! ]"
Post a Comment