Cubaan sekat siasatan - Kunjungan Kofi Annan bertemu Rohingya dibantah

loading...


Cubaan sekat siasatan - Kunjungan Kofi Annan bertemu Rohingya dibantah





Sebahagian daripada penduduk tempatan beragama Buddha membantah lawatan Kofi Annan. REUTERS

YANGON 2 Dis. - Kunjungan delegasi bekas Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan ke Rakhine hari ini ‘disambut’ bantahan sekumpulan penunjuk perasaan yang memprotes campur tangan asing untuk menyelesaikan konflik di Rohingya.


Kira-kira 100 penunjuk pera­saan berkumpul di Lapangan Terbang Sittwe dengan membawa sepanduk dan poster tertera ‘Usir suruhanjaya Kofi Annan’ dan ‘Kami tidak perlukan suruhanjaya Kofi Annan’ sambil anggota keselamatan bersenjata cuba mengawal keadaan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu merujuk kepada suruhanjaya membela Rohingya ditubuhkan Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dianggotai sembilan anggota terdiri daripada enam warganegara tempatan dan tiga rakyat asing.

Pasukan keselamatan turut berkawal, bimbang demonstrasi tersebut bertukar ganas.

Bagaimanapun, bantahan tersebut hanya disertai penduduk Buddha sekali gus memperlihatkan cubaan mereka menghalang kemasukan anggota suruhanjaya untuk bertemu penduduk Rohingya.

Seorang petani bernama Ma­ung Khin yang menyertai tunjuk perasaan itu berkata, isu Rakhine adalah hal dalaman negara yang tidak memerlukan campur ta­ngan pihak asing.

“Kami tidak perlukan orang asing mengendalikan kes di Rakhine. Situasi ini menunjukkan kerajaan gagal menangani perkara ini,” katanya.

Ketibaan Annan bersama anggota suruhanjaya itu turut disambut Ketua Menteri Rakhine, Nyi Pu.

Beliau dan delegasinya akan bermalam di Sittwe sebelum ke utara Rakhine, lokasi keganasan terbaharu tercetus sejak 9 Oktober lalu.

Kunjungan Annan dibuat selepas Suu Kyi terpaksa tunduk kepada desakan masyarakat antarabangsa yang mahu supaya nasib etnik Rohingya dibela selepas sekian lama mengalami penindasan dalam pelbagai bentuk termasuk dibunuh, ditahan, diseksa, diperkosa dan hilang tempat tinggal.

Bagaimanapun sehingga kini, difahamkan masyarakat mino­riti itu masih hidup dalam ketakutan kerana tiada pihak tampil membantu atau menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Ratusan penduduk Rohingya terbunuh dan lebih 10,000 terpaksa menyelamatkan diri ke Myanmar selepas kampung mereka diserang dan dibakar oleh tentera Myanmar sejak dua bulan lalu. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/cubaan-sekat-siasatan-1.415578#sthash.yv7fDMNg.dpuf
Loading...
loading...

0 Response to "Cubaan sekat siasatan - Kunjungan Kofi Annan bertemu Rohingya dibantah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close