Myanmar tidak hirau PBB - Penindasan yang dilakukan menyamai jenayah kemanusiaan

loading...


Myanmar tidak hirau PBB - Penindasan yang dilakukan menyamai jenayah kemanusiaan





YANGON 30 Nov. - Kerajaan Myanmar seolah-olah memperlihatkan ke­angkuhannya apabila gagal bertindak mengikut cadangan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) sebaliknya meneruskan penindasan terhadap et­nik Rohingya yang disifatkan me­nyamai jenayah kemanusiaan.


Kegagalan Myanmar itu dinya­takan OHCHR ketika bekas Seti­ausaha Agung PBB, Kofi Annan tiba di negara ini untuk melawat utara Rakhine.

OHCHR dalam kenyataannya men­jelaskan, layanan kerajaan Myan­mar terhadap etnik itu menya­mai jenayah kemanusiaan, mengulangi keputusan kajian yang diperoleh mereka dalam laporan Jun lalu.

Lebih 120,000 etnik Rohingya terpaksa bersesak-sesak di kem pelarian di Rakhine sejak keganasan agama pada tahun 2012 yang menyaksikan kaum itu dinafikan kerakyatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kerajaan gagal bertindak me­ngikut cadangan yang dibuat da­lam laporan OHCHR, meningkatkan keganasan ke atas Rohingya menya­mai jenayah kemanusiaan,” kata kenyataan itu.



Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi Ogos lalu melantik Annan mengetuai suruhanjaya siasatan khas untuk mengatasi isu jurang agama dan pelbagai etnik yang memecah belahkan negara ini.

Annan pada masa sama melahirkan kebimbangan tentang ke­ga­­nasan di Myanmar yang menyaksikan ribuan umat Islam di lu­ar negara mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman itu.

Bagaimanapun, pemimpin Is­lam dalam Suruhanjaya Rak­hine, Aye Lwin mempertahankan cara Suu Kyi menguruskan krisis tersebut.

“Apa yang beliau warisi adalah timbunan masalah lapuk yang tidak mudah untuk diubah,’” kata Aye Lwin merujuk kepada pe­nguasaan tentera dalam kementerian dalam negeri dan pertahanan di bawah satu Perlembagaan yang ditulis bekas junta.

Jelasnya, Suu Kyi tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu itu selain cuba berbincang dan berun­ding selain membina keperca­yaan dengan tentera.

“Tangan Suu Kyi diikat,” jelasnya.

Sementara itu, Penasihat Khas PBB Mengenai Pencegahan Pembunuhan Beramai-Ramai, Adama Dieng berkata, reputasi kerajaan Aung San Suu Kyi terjejas ekoran kebimbangan banyak pihak tentang Kaunselor Myanmar itu menangani isu keganasan di barat laut negara ini.

Dieng berkata, dakwaan itu mesti disahkan sebagai perkara yang perlu disegerakan dan menggesa kerajaan Myanmar membenarkan akses ke kawasan tersebut.

“Jika benar, kehidupan ribuan penduduk berada dalam bahaya, reputasi Myanmar menerusi ke­rajaan yang dilantik dan tentera juga terjejas dalam perkara ini,” kata beliau. – AFP/REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-tidak-hirau-pbb-1.414424#sthash.2VNAMrst.dpuf
Loading...
loading...

0 Response to "Myanmar tidak hirau PBB - Penindasan yang dilakukan menyamai jenayah kemanusiaan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close