TERKINI!!! Guru dipukul dan dibiarkan bogel oleh bapa pelajar kerana mencabul anaknya!

loading...

Dendam ibu bapa



LELAKI itu dibiarkan bogel selepas dipukul.

Beijing: Seorang guru dibogelkan dan dibelasah teruk sepasang suami isteri selepas didakwa mencabul anak perempuan mereka yang juga pelajarnya.

Rakaman video kejadian itu disebarkan di Internet menunjukkan guru berkenaan dibogelkan dan dipukul kerana dikatakan mengadakan hubungan sulit dengan pelajar terbabit dalam kejadian di Wei, wilayah Hebei, utara China.

Dalam rakaman itu, guru berkenaan dilihat duduk bogel di atas lantai dan dikerumuni orang ramai dengan sebahagian mereka merakamkan kejadian menggunakan telefon bimbit.


Guru itu dilihat terhuyung-hayang sepanjang rakaman berkenaan.

Kakitangan di Sekolah Tengah Nombor 1 Weixian mengesahkan lelaki itu guru yang dikenali sebagai Li. Dia dilaporkan sudah beberapa tahun mengajar di sekolah berkenaan dan disayangi pelajarnya.

Polis mengesahkan kejadian dan masih menyiasatnya.

Biro Keselamatan Awam tempatan mengeluarkan notis pada 9 Ogos lalu mengesahkan seorang lelaki bogel yang disyaki penjenayah ditemui di tepi jalan.

Lelaki itu cedera dan polis membawanya ke hospital untuk dirawat.

Mac lalu, seorang guru berusia 30 tahun di Lingshan, Wilayah Autonomi Guangxi, cuba merogol seorang pelajar perempuan di khalayak ramai, tetapi berjaya dihalang guru lain.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gambar diambil daripada rakaman video menunjukkan lelaki itu dalam keadaan bogel menerpa gadis terbabit dari belakang sebelum menolak mangsa ke tembok.

Loading...
loading...

0 Response to "TERKINI!!! Guru dipukul dan dibiarkan bogel oleh bapa pelajar kerana mencabul anaknya! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close