Undang-Undang Baru, Isteri Boleh Dipenjara Dan Sebat Jika Periksa Telefon Suami Tanpa Izin...

loading...

Undang-Undang Baru, Isteri Boleh Dipenjara Dan Sebat Jika Periksa Telefon Suami Tanpa Izin...



Bukannya kesalahan besar jika hanya memeriksa telefon suami tanpa kebenaran.

Tetapi tidak bagi wanita Arab Saudi, mereka akan berdepan risiko dipenjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran.

Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

Wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka.

Tiada hukuman diperuntukkan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam, sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim, bermakna mereka boleh dipenjarakan.

Peguam menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta'zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung



Berita Haria Metro Hari Ini...

Dubai: Seorang wanita berusia 30-an didenda dan diarah meninggalkan Emirah Arab Bersatu (UAE) kerana mencampuri urusan peribadi suaminya dengan memeriksa telefon lelaki berkenaan bagi memastikan suaminya tidak curang.

Wanita dari sebuah negara Arab itu didenda 150,000 dirham (RM165,366) oleh mahkamah di Ajman.


Menurut media UAE, wanita itu yang mengesyaki suaminya, juga 30-an, menjalin hubungan sulit, mengaku memeriksa telefon suaminya tanpa kebenaran dan memindahkan gambar ke telefonnya.


Suaminya membuat aduan dan minggu lalu, mahkamah memutuskan dia bersalah melakukan jenayah siber yang dihukum mengikut undang-undang menceroboh hak peribadi seseorang menggunakan teknologi maklumat.
Loading...
loading...

0 Response to "Undang-Undang Baru, Isteri Boleh Dipenjara Dan Sebat Jika Periksa Telefon Suami Tanpa Izin..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close