loading...
7 Cara Guru-Guru Mengajar Di Sekolah Anda. Mana Yang Paling Anda Suka?
Sempena Hari Guru 2017, kami membawakan anda senarai cara mengajar yang berlainan oleh guru-guru di sekolah anda. Ada tak anda perasan 7 cara mengajar ini?
1. Duduk kat meja sambil mengajar tanpa berdiri. Untuk subjek Sejarah mungkin boleh la kot.
Masuk kelas, murid-murid bagi salam, dan cikgu pun terus duduk. Lepas sejam mengajar, barulah cikgu akan bangun, tu pun sebab masa dah habis. Bersurai. Maka ramailah pelajar yang melukis peta menggunakan air liur di belakang kelas.
2. Mengajar sambil berdiri dan tak pernah duduk
Masuk kelas, letak barang-barang atas meja, dan terus mengajar sambil berdiri sampailah habis masa. Kaki cikgu tak penat ke? Murid-murid kena denda berdiri atas kerusi 10 minit pun dah penat. Hebat cikgu!
3. Energetik, semangat dan komited dalam menyampaikan ilmu, sampai lupa tengok jam
Paling best, murid-murid susah nak mengantuk bila cikgu macam ni mengajar. Tapi yang tak best, rasa macam tak habis-habis. Kadang-kadang tu sampai terlebih masa. Perut yang berkeroncong terpaksa dibiarkan menyanyi sebelum mendapat makanan pada waktu rehat.
4. Mengajar kejap, lepastu stop, borak-borak, lepastu boleh balik terus. Padahal masa tak habis lagi.
Semua orang pun suka cikgu yang macam ni. Boleh buat geng! Cuma masalahnya, bila nak final exam semua kelam kabut. Maklumlah, semua benda yang cikgu ajar dah ke laut sebab lebih banyak borak daripada belajar dalam kelas.
5. "Ok anda semua boleh buat latihan pada muka surat sekian dan sekian. Kalau tak tahu nak buat boleh tanya cikgu kat meja."
Bila cikgu yang ni masuk, semua dah standby dengan buku latihan, buku ulangkaji, buku nota, buku rujukan, buku teks, dan segala jenis buku. Sebab apa? Cikgu confirm akan bagi latihan dalam kelas untuk murid-murid jawab. Lepastu kena hantar bila habis kelas.
6. Setiap kali mengajar mesti kena jerit. Kalau tak jerit rasa macam tak complete.
Kena faham, mungkin cikgu ni ada banyak masalah yang membelenggu hidup dia. Jadi dia terpaksa jadikan murid-murid sebagai tempat dia salurkan kemarahan. Atau mungkin jugak sebab murid-murid nakal sangat. Memang kena jerit lah!
7. Kalau tak sebut nama seorang pelajar ni masa mengajar memang tak sah. Ada je benda yang nak dikenakan.
Walau macam mana cara guru anda mengajar sekalipun, kita tidak seharusnya melupakan jasa guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kita
Guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi kegelapan. Di kesempatan ini, kami di TAMBAH CHEESE ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih cikgu!
JASAMU KU KENANG SAMPAI MATI.. TERIMA KASIH CIKGU!!! :)
Loading...
loading...
0 Response to "7 Cara Guru-Guru Mengajar Di Sekolah Anda. Mana Yang Paling Anda Suka?"
Post a Comment