PUNCA SEBENAR IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR KETIKA SOLAT JUMAAT

loading...



KUALA LUMPUR - Lelaki yang menampar Imam Masjid Negara pada solat Jumaat hari ini mendakwa terdengar suara halus untuk bertindak demikian.


Siasatan polis mendapati, lelaki yang berasal dari Kashmir, India itu telah pergi ke Masjid Negara untuk mengerjakan solat Jumaat.


"Dia berada di saf kedua semasa solat Jumaat sedang berlangsung. Kemudian saspek telah pergi ke saf hadapan dengan menolak salah seorang jemaah yang sedang solat.


"Selepas itu, saspek terus pergi ke arah pengadu (Imam) dan telah menolak pengadu sebelum menampar muka pengadu sebanyak 1 kali. Lelaki itu terus mengambil alih tempat Imam untuk mengimamkan solat tersebut," kata laporan siasatan.


Difahamkan, lelaki yang berusia 31 tahun itu tidak waras dan kelihatan bercakap seorang diri. Lelak iitu juga memberitahu, dia telah terdengar satu suara halus memintanya menjadi Imam semasa solat Jumaat yang sedang berlangsung.


Saspek sehingga kini masih ditahan di Balai Polis Tun HS Lee untuk siasatan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM
Loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "PUNCA SEBENAR IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR KETIKA SOLAT JUMAAT"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close