GEMPAR!!! 8 Bukti Kehebatan Pukulan Dan Punca Sebenar Kematian Bruce Lee!!!

loading...

GEMPAR!!! 8 Bukti Kehebatan Pukulan Dan Punca Sebenar Kematian Bruce Lee!!!



Keluarga

Bruce Lee lahir di Chinatown, San Francisco, pada 27 November 1940. Nama betulnya..

Lee Jun-Fan

Ayahnya yang berbangsa Han, bernama Lee Hoi-Chuen, dan ibunya Grace Ho, mix coco Cina dan Inggeris (Jerman-Katolik).

Keluarga Lee kemudian berpindah ke Hong kong ketika Bruce Lee berusia 3 bulan.


Di Hong Kong, Bruce hidup sebagai anak jalanan dan kerap terlibat dalam pergaduhan. Kerana sering kalah dalam pergaduhan antara geng, Bruce cuba belajar ilmu pertahanan diri Wing Chun dengan guru pertama bernama Yip Man pada 1957.(Terus imagine muka Donnie Yen.. hehe).

Guru Yip mengajar ilmu pertahanan diri tersebut dengan menggunakan alat bantu tingkat kayu, patung kayu, mahupun teknik sparring.

Dia mengarahkan Bruce mengikutnya dan bertarung dalam pertandingan rasmi


Namun, rakan-rakan seperguruannya kemudian menolak untuk berlatih bersama Bruce setelah mengetahui latar
belakang keturunannya yang menunjukkan dia bukan seorang Cina tulen. Dia kemudian berlatih secara persendirian dengan Yip Man.

Ketika beliau tinggal di Amerika pada akhir tahun1950-an, Bruce mula mengajar ilmu yang dimiliknya. Dia menyebut ajarannya sebagai Jun Fan Gung Fu atau kungfu milik (Lee) Jun Fan.

Walau bagaimanapun, pada masa itu dia kerap meningkatkan ilmunya dengan pertahanan diri lain, seperti judo, yang diperoleh dari
temannya, Jesse Glover. Sejak daripada itu, Bruce Lee lebih selesa menyebut ilmu pertahanan dirinya sebagai Jeet Kun Do.



Pengayaan Jun Fan Gung Fu ini semakin meluas setelah dia bertemu dan tinggal bersama seniornya, James Yimm Lee, di Oakland pada tahun 1964.

Yimm Lee lah yang membawa Bruce Lee untuk ikut serta dalam kejohanan pertahanan diri campuran di Long Beach dan memperkenalkannya kepada Ed Parker. Melalui Ed Parker
inilah, karier Hollywood Bruce Lee terus diperluas.

Cerita tentang masa lalu Bruce Lee inilah yang kemudian menghasilkan mitos-mitos tentang kehebatan ilmu gerak
dan pukul Bruce Lee.

Berikut 8 fakta tentang kelajuan gerakan dan kekuatan pukulan Bruce Lee.

1. Teknologi filem ketika itu tidak mampu menangkap kelajuan gerak Bruce Lee. Kemampuannya rata-rata pada masa itu baru 24 fps (Frame per shot). Untuk menangkap gerak Bruce Lee, mereka terpaksa menggunakan filem berkapasiti 32 fps. Itu pun belum sepenuhnya mampu untuk menangkap gerakan laju beliau.

2. Kelajuan gerak tangan Bruce Lee mampu memindahkan
syiling antara telapak tangan sebelum telapak tangan pertama
menutup.

3. Bapanya memindahkan Bruce dari Hong Kong ke San Francisco untuk menghindarkan dirinya daripada pihak polis Hongkong yang telah mengenali beliau sebagai petarung jalanan.

4. Bruce Lee mampu menembusi tin minuman dengan
jarinya. Pada masa itu, tin minuman masih diperbuat daripada keluli nipis.


5. Fakta yang sudah ramai diketahui, Bruce Lee mampu melakukan
gerak push-up dengan hanya menggunakan ibu jari dan
telunjuk kanannya.

6. Pada tahun 1970, Bruce Lee mengalami kecederaan belakang yang menurut pakar perubatan, hal ini akan membuat beliau tidak mampu melakukan gerakan seperti dulu. Tanpa memikirkan keadaan kesihatannya yang kian lemah, dia terus melakukan gerak berbahaya sehingga kematiannya pada tahun 1973.

7. Tendangan sampingan Bruce Lee mampu menerbangkan
karung guni seberat 150 kilogram dan memecahkan karung tersebut seberat 75 kilogram.

8. Pukulannya mampu membuat lawannya terpelanting sehingga 5 meter. Bob Baker dari Stockton yang pernah mengalami hal
ini mengaku meminta Bruce Lee untuk tidak mengulanginya.


Kematian Bruce Lee

Terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee. Kalau fakta itu diperolehi dari belah negara Nusantara, ceritanya akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan seorang pendekar tempatan, maklumlah orang belah nusantara ni gemar sangat mengklaim benda yang hebat-hebat semua asal dari situ..
Tapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara atau Asia Tenggara, ianya lebih kepada fakta Bruce Lee berlebihan mengambil ubat, ada juga cerita tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri.

Dilapurkan pada hari kematiannya itu, Bruce Lee melakukan pertemuan dengan seorang produser film bernama Raymond Chow dan seorang aktres bernama Betty Tingpei untuk membincangkan tentang film seterusnya ‘Game of Death’.

Semasa tengah berbincang itulah, Bruce Lee tiba-tiba mengeluhkan kerana rasa sangat sakit di kepala. Betty kemudian cuba meredakan sakit tersebut dengan memberikannya tablet aspirin super ‘Equagesic’. Tidak lama selepas itu Bruce tertidur.

Sekitar jam 7.30 malam, ketika Betty nak mengejutkan Bruce Lee yang sedang tidur, didapati Bruce Lee sudah tidak bernyawa lagi.


Sebab Kematian.

Dalam laporan post-mortem ditemui kesan ganja di dalam perut Bruce Lee. Edema Serebral yang diakibatkan oleh ganja tersebut adalah penyebab utama kematian Bruce Lee.

Laporan itu disangkal oleh seorang penyelidik yang merupakan seorang koroner di Hong Kong. Lapuran perubatan dari Seorang profesor dari University of London, RD Teare pula mengemukakan bahawa tidak mungkin ganja menjadi faktor penyebab kematian Bruce. Ia menyimpulkan, hipersensitiviti terhadap aspirin atau meprobamate pada Equagesic itu menjadi pemicu terjadinya bengkak di otak yang akhirnya mengakibatkan koma serta kematian Bruce Lee.

Sebagian dari saudara mara serta keluarga Bruce pula percaya, latihan keras dengan intensiti terlalu tinggi menjadi penyebab utama, malah Bruce sendiri mempunyai ketagihan dalam melatih fizikalnya dan dikatakan beliau mampu melakukannya hingga berjam-jam lamanya.

Diatas sebab penolakan laporan post-mortem dan ditambah dengan laporan kajian penyelidik dan pendapat ahli keluarga, punca kematian Bruce Lee tidak dapat dipersetujui bersama.. dan dalam kekalutan tersebut muncul pula teori diracun oleh isteri dan kaitan nama-nama ahli senibela diri lain seperti Dicky Zulkarnain dan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman.

Sekian



Loading...
loading...

0 Response to "GEMPAR!!! 8 Bukti Kehebatan Pukulan Dan Punca Sebenar Kematian Bruce Lee!!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close